Upin dan Ipin merupakan sebuah siri animasi tempatan yang telah melonjak nama negara di pentas animasi antarabangsa kerana penghasilannya berjaya menembusi negara seperti Turki, Korea Selatan dan Hong Kong. “Sekiranya karikatur itu tersebar, ia mencalarkan imej wanita Melayu yang ditampilkan dalam siri animasi itu,” kata bapa kepada dua anak lelaki berusia dua dan empat tahun itu. “Watak Kak Ros yang ditampilkan dalam siri animasi ini memang memaparkan ciri-ciri ketimuran dan adat Melayu seperti pemakaian baju kurung. Nawawi Nordin, 34, pula menyifatkan tindakan mengeksploitasi watak Kak Ros itu mengaibkan kaum wanita kampung yang penuh dengan ciri-ciri kesopanan. Sekiranya berterusan, ia pasti akan menimbulkan pelbagai masalah sosial kerana mereka (kanak-kanak) mudah terpengaruh dengan adegan dipaparkan sehingga mempraktikannya,” kata beliau.
“Saya tak sangka dan terkejut kerana Upin dan Ipin yang ditonton semua lapisan masyarakat telah dimanipulasi mereka yang berniat jahat. Mengulas perkara itu, seorang ibu Alya Nadirah, 23, menyatakan kegusaran sekiranya pihak terbabit berjaya memuat naik video atau karikatur berunsur lucah itu dalam laman sosial seperti YouTube yang sering diakses kanak-kanak. Sejak dimuat naik 3 Julai lepas, gambar itu yang telah diakses lebih 4,000 pengunjung laman sesawang tersebut, dikhuatiri boleh 'meracuni' pemikiran kanak-kanak melalui penerapan unsur lucah pada watak animasi kegemaran mereka itu. Tujuh keping karikatur Kak Ros dimuat naik ke dalam sebuah laman web perkongsian seni reka grafik yang telah diubah dan dilukis semula secara digital dengan menggambarkan wataknya berpakaian seksi, malah ada seolah-olah tidak mengenakan sebarang pakaian dengan keterangan tidak senonoh. KUALA LUMPUR, 3 Sept ― Watak “Ros”, kakak garang dalam siri animasi Upin dan Ipin, dikesan menjadi mangsa eksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang memaparkan watak itu dengan ilustrasi seksi melampau.